Monday, March 30, 2009

UMNO BERFITNAH, MELAYU MURTAD ~ Malaysiakini

Nampaknya dalam keghairahan mereka untuk menghidupkan nyawa politik parti yang semakin hari semakin pudar, Umno rela mempergunakan Agama Islam yang suci demi untuk mencapai hasrat mereka.

Yang terbaru adalah fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan media massa yang berfitnah kononnya Mantan Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam. YAB Datuk Seri Mohamad Nizar juga merupakan calon PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April depan.

Menteri Beasar Haram Perak Mamak Mohd Zambry Abdul Kadir mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah, sedangkan ketika itu adalah majlis anjuran BN. Pada hakikatnya Imam Masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk memberi tazkirah. Sila baca selebihnya http://www.malaysiakini.com/news/101292

Pada masa yang sama ramai orang Melayu mula murtad dan memeluk agama Kristian secara sulit disebabkan oleh kelekaan rejim Umno yang ketara sekali telah terkeluar dari ajaran Agama Islam. Ini dapat dilihat dengan tingkah laku para pemimpin Umno dan keluarga mereka yang telah menyimpang dari ajaran Agama Islam. Golongan ini bergaul bebas dan memakai pakaian yang tidak menutup aurat disamping mengamal budaya kuning yang antara lain mengamalkan pengunaan arak. Sila baca selebihnya DISINI:

Monday, January 5, 2009

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU ~ Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan dengan tajuk berita
Proses penamaan calon berlangsung bagi Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu. Kerusi Parlimen ini menjadi kosong setelah kematian penyandang Kerusi Allahyarham Datuk Razali Ismail dari BN pada 28 November lalu.

Sekiranya tidak berlaku sebarang masalah yang menyebabkan pencalonan mereka ditolak, calon BN/Umno, Datuk Wan Ahmad Farid dan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut sudah pasti akan bertanding. Mereka juga mungking mengadapi tentangan dari naib presiden parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia , Harun Mohamad dan seorang lagi calon bebas.

Banyak analisis politik mengatakan bahawa kemenangan untuk BN/Umno adalah tipis dengan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon. Semalam, Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Tun Mahathir yang melihat Datuk Wan Farid sebagai proksi Pak Lah berpendapat BN/Umno akan kecundang di tangan PAS.

Disamping itu terdapat perkembangan menarik yang memberi 10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU . Bacanya DISINI

Friday, January 2, 2009

Malaysia dan Konflik Israel-Palestine ~ Malaysiakini





Malaysiakini melaporkan dengan tajuk 300 demo bantah kekejaman Israel. Apa yang berlaku di Gaza adalah suatu tragedi kemanusiaan. Memang wajar rejim Tel Aviv perlu dibidas kerana tindakan ganas mereka yang menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda di pihak Palestin.

Tetapi sebelum kita ini terbawa-bawa dalam menghentam rejim Tel Aiv ini, kita perlu teliti latar belakang konflik Israel-Palestin ini terlebih dahulu. Tahukah bahawa Mesir, Jordan dan Turki mempunyai hubungan diplomatik degan Israel? Mengapa? PLO dibawah Allahyarham Yasser Arafat telah berdamai dengan Israel setelah kian lama bertelagah. Tahukah anda bahawa mendiang Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin mengorbankan nyawanya ditangan seorang pelampau Zionis kerana berdamai dengan Palestin?

Kerajaan Palestin dibawah pimpinan Mahmood Abbas merupakan satu-satunya peluang untuk kedamaian di Timur Tengah. Malangnya, kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmood Abbas telah tewas di dalam pilihanraya Gaza ditangan Hamas. Perlu diingat disini bukan semua pihak di Palestin mahupun di Israel nak berperang. Di Israel, kumpulan pelampau Zionis dengan pemimpin mereka seperti mantan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berpegang kepada fahaman ekstrim yang kononnya orang Yahudi adalah 'Kaum yang dipilih Allah', oleh itu mereka tidak perlu berkompromi atau berdamai dengan orang Arab dan Islam. Pendek kata, istilah 'perdamaian' tidak wujud dalam 'kamus' mereka.

Perkara yang sama boleh juga dikatakan dengan Hamas dan Hezbollah. Kedua-dua kumpulan ini memerlukan konflik dengan Israel supaya mereka menjadi relevan. Hamas mahupun Hezbollah menggunakan sentimen keagamaan untuk mendapat sokongan dari rakyat Palestin agar mereka dilihat sebagai pembela kaum Arab Islam. Jika tiada konflik dengan Israel, maka Hamas dan Hezbollah tidak akan lagi jadi relevan. Situasi ini mendorong Amerika Syarikat dan Iran meningkatkan pengaruh mereka masing-masing di Timur Tengah dengan Amerika menyokong Israel dan Iran menyokong Hamas dan Hezbollah.
Janganlah kita di Malaysia turut digunakan oleh Hamas dan Hezbollah dalam permainan politik mereka yang lantang didalangi oleh Amerika dan Iran. Lebih teruk adalah Hamas dan Hezbollah dilihat sebagai kumpulan pengganas di kacamata dunia. Jangan kita , yang berada beribu-ribu kilometer dari bumi Palestin yang tidak kena-mengena dengan konflik Timur Tengah dilihat sebagai penyokong pengganas. Yang lebih mengaibkan disini adalah pemimpin politik di Malaysia seperti Khairy Jamaludin menggunakan konflik Palestin-Israel ini dengan berdemonstrasi kononnya membeli saudara seagama mereka di Palestin. Sebenarnya ini semata-matanya sandiwara untuk dilihat oleh orang Islam di Malaysia sebagai membela Islam.

Perlu diingat disini bahawa Hamaslah yang memecahkan gencatan senjata dengan Israel dengan menghujani bumi Israel dengan peluru berpandu dan roket bertahun-tahun yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda (lihat gambar-gambar serangan Hamas dan Hezbollah terhadap Israel diatas). Hamas seperti juga Hezbollah tahu bagi setiap roket yang jatuh dibumi Israel akan dibalasi dengan seribu roket dari Israel, namum demi terus menjadi relevan dalam percaturan politik Timur Tengah, mereka rela mengorbankan rakyat biasa yang tidak berdosa.

Walau apapun, kita perlu terus menyokong rakyat Palestin yang menderita akibat terperangkap dalam permainan politik Amerika-Israel-Iran-Hamas-Hezbollah tanpa dipergunakan oleh mana-mana pihak.

Monday, December 29, 2008

PENULIS BLOG DITAHAN POLIS KERANA MENGHINA ISLAM ~ Malaysiakini


·
Malaysiakini melaporkan seramai 1,500 orang Melayu
Di Pulau Pinang dibawah Gabungan NGO Melayu menyertai perhimpunan menggesa rakyat Malaysia supaya mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara, memberi immuniti kepada raja-raja serta mempertahankan ISA bagi melindungi keselamatan negara.

Penganjur perhimpunan, Md Radzi Daud, menyerahkan memorandum kepada Gabenor Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas. Apa yang pelik disini adalah di Bangi Ceramah perdana dengan tema "Mansuhkan ISA" anjuran bersama PAS dan Gerakan Mansuh ISA telah diadakan. Apa mengaibkan disini adalah tindakan NGO di Pulau Pinang dan PEWARIS di Selangor lantang memberi gambaran bahawa orang Melayu begitu lemah sehingga memerlukan ISA digunakan untuk mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam, walhal, Islam sendiri menganggap penggunaan ISA sebagai HARAM..

Disamping itu, Penulis Blos Blog pro MIC, Dr. Punithan Shan (Coffee With Punithan), dipercayai ditahan Polis berikutan dengan artikelnya yang menyentuh tentang Islam dan Yoga
ISLAM & YOGA : COMPATIBILITY ON THE HIGHEST LEVEL
Dimana Punithan telah menghina Nabi SAW dengan mengatakan bahawa Islam dan Yoga adalah sepadan. Terdapat juga link di Blog ini yang bertajuk
What next? Fatwa against thosai?

Monday, December 15, 2008

Islam bukan komoditi tawar-menawar ~ Malaysiakini

Saya memang tertarik dengan surat yang ditulis oleh Saudara ME Natsir yang dimuatkan dalam Malaysiakini dengan tajuknya Islam bukan komoditi tawar-menawar. Sejak kebelakangan ini banyak disebut-sebutkan tentang Agama Islam. Apa yang saya maksudkan disini adalah angkara seorang doktor bernama Punithan Shan yang nekad mencemar kesucian Islam disamping cuba mengeliru dan memecahkan aqidah orang Islam. Punithan membuat tomahan kononnya Yoga adalah seiras dengan Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan adalah salah dalam pengharaman pengamalan Yoga dikalangan orang Islam.

Saya telah memuatkan beberapa petikan dari blog Coffee With Punithan http://indiansmalaysia.blogspot.com yang saya dapati sebagai hasutan untuk orang Islam menyeleweng dari agama Islam yang suci. Punithan juga membuat dakwaan kononnya blog http://indiansmalaya.blogspot adalah satu pemalsuan tetapi dari penelitian saya, kedua-dua blo tersebut adalah kepunyaan Punithan Shan yang juga merupakan penyokong MIC.

There are close similarities between Islam and yoga not because of borrowing or cultural diffusion, but because of both originating in the Primordial Tradition, sanâtana dharma, al-dîn al-hanîf, which all the prophets of Allah have brought and reaffirmed throughout the ages, among all nations, revealed directly from the Creator.

Maksudnya: Terdapat persamaan antara Islam dan Yoga.

When I returned to the practice of yoga, I found that it is easily integrated with the Islamic life; in fact the two assist one another. Not only is there no conflict, but Islam and yoga together make a mutually beneficial synergy. Both are agreed that, while the body is important as a vehicle on the way to spiritual realization and salvation, the human being's primary identity is not with the body but with the eternal Spirit.

Maksudnya: Yoga boleh diserpkan dalam pengamalan agama Islam.

It is interesting to compare the symbolism of Prophet Muhammad's nighttime ascent to Heaven, al-Mi‘râj, with the corresponding symbolism in yoga. The Prophet ascended on al-Burâq, a riding beast with the head of a woman, through the seven heavens to the Throne of God. In yoga, the kuNDalinî is a feminine power (shakti) that dwells at the base of the spine and ascends through seven levels (represented by the seven chakras) to the summit of liberation (brahmarandhra).

Maksudnya: Rasulallah s.a.w. kononnya adalah seorang pengamal Yoga.

It can be valid and beneficial for Muslims to learn yoga, not as their spiritual path per se, but as a valuable adjunct to the spiritual path of Islam.

Maksudya: Adalah wajib untuk orang Islam mengamalkan Yoga sebagai penambahan kepada Rukun Islam.

Saya berharap pihak berkuasa seperti Jakim, PEWARIS dan Persatuan Penguna Islam Malaysia akan membuat laporan Polis dan menyaman penulis Blog ini. Nombor telefon Punithan adalah 012-3183094.

Saturday, December 6, 2008

SIAPA KATA YOGA HARAM UNTUK UMAT ISLAM? ~ Malaysiakini

Nampaknya isu Fatwa mengharamkan Yoga dikalangan umat Islam belum reda lagi. Parti MIC yang kian hari kehilangan relevannya dikalangan kaum India yang kini melihat kepada Pakatan Rakyat untuk memperjuangkan nasib mereka.

Sebagai langkah menyelamatkan MIC dari terus terkubor, Presiden MIC Datuk Seri Sami Vellu secara biadapnya mempertikaikan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kenangsaan. MIC menggunakan Blog untuk menentang Fatwa ini demi untuk dilhat sebagai Hero dikalangan kaum India.

Link blog-blog dibawah ini memutarbelitkan ajaran agama Islam dengan menggatakan kononnya Yoga adalah berharmoni dengan Islam.
Pergilah ke SINI dan SINI dan bacalah tipu muslihat penulis blog MIC ini. Penulis Blog ini mendakwa bahawa salah satu blog itu adalah blog tiruan dan bukan blognya. Tetapi saya mendapati isi kandungan kedua-dua blog terbabit adalah sama sahaja!

Wahai muslimin dan muslimat sekalian, bacalah sendiri tipu muslihat MIC yang berani mencabar kewibawaan agama Islam dan juga cuba meggelirukan orang Islam.
Baca INI juga.