Monday, March 30, 2009

UMNO BERFITNAH, MELAYU MURTAD ~ Malaysiakini

Nampaknya dalam keghairahan mereka untuk menghidupkan nyawa politik parti yang semakin hari semakin pudar, Umno rela mempergunakan Agama Islam yang suci demi untuk mencapai hasrat mereka.

Yang terbaru adalah fitnah yang dilemparkan oleh Umno dan media massa yang berfitnah kononnya Mantan Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam. YAB Datuk Seri Mohamad Nizar juga merupakan calon PAS dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April depan.

Menteri Beasar Haram Perak Mamak Mohd Zambry Abdul Kadir mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah, sedangkan ketika itu adalah majlis anjuran BN. Pada hakikatnya Imam Masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk memberi tazkirah. Sila baca selebihnya http://www.malaysiakini.com/news/101292

Pada masa yang sama ramai orang Melayu mula murtad dan memeluk agama Kristian secara sulit disebabkan oleh kelekaan rejim Umno yang ketara sekali telah terkeluar dari ajaran Agama Islam. Ini dapat dilihat dengan tingkah laku para pemimpin Umno dan keluarga mereka yang telah menyimpang dari ajaran Agama Islam. Golongan ini bergaul bebas dan memakai pakaian yang tidak menutup aurat disamping mengamal budaya kuning yang antara lain mengamalkan pengunaan arak. Sila baca selebihnya DISINI:

Monday, January 5, 2009

10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU ~ Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan dengan tajuk berita
Proses penamaan calon berlangsung bagi Pilihanraya Kecil P36 Kuala Terengganu. Kerusi Parlimen ini menjadi kosong setelah kematian penyandang Kerusi Allahyarham Datuk Razali Ismail dari BN pada 28 November lalu.

Sekiranya tidak berlaku sebarang masalah yang menyebabkan pencalonan mereka ditolak, calon BN/Umno, Datuk Wan Ahmad Farid dan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut sudah pasti akan bertanding. Mereka juga mungking mengadapi tentangan dari naib presiden parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia , Harun Mohamad dan seorang lagi calon bebas.

Banyak analisis politik mengatakan bahawa kemenangan untuk BN/Umno adalah tipis dengan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon. Semalam, Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Tun Mahathir yang melihat Datuk Wan Farid sebagai proksi Pak Lah berpendapat BN/Umno akan kecundang di tangan PAS.

Disamping itu terdapat perkembangan menarik yang memberi 10 DALIL MENGAPA WAN AHMAD FARID TIDAK BOLEH MENJADI YB KUALA TERENGGANU . Bacanya DISINI

Friday, January 2, 2009

Malaysia dan Konflik Israel-Palestine ~ Malaysiakini





Malaysiakini melaporkan dengan tajuk 300 demo bantah kekejaman Israel. Apa yang berlaku di Gaza adalah suatu tragedi kemanusiaan. Memang wajar rejim Tel Aviv perlu dibidas kerana tindakan ganas mereka yang menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda di pihak Palestin.

Tetapi sebelum kita ini terbawa-bawa dalam menghentam rejim Tel Aiv ini, kita perlu teliti latar belakang konflik Israel-Palestin ini terlebih dahulu. Tahukah bahawa Mesir, Jordan dan Turki mempunyai hubungan diplomatik degan Israel? Mengapa? PLO dibawah Allahyarham Yasser Arafat telah berdamai dengan Israel setelah kian lama bertelagah. Tahukah anda bahawa mendiang Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin mengorbankan nyawanya ditangan seorang pelampau Zionis kerana berdamai dengan Palestin?

Kerajaan Palestin dibawah pimpinan Mahmood Abbas merupakan satu-satunya peluang untuk kedamaian di Timur Tengah. Malangnya, kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmood Abbas telah tewas di dalam pilihanraya Gaza ditangan Hamas. Perlu diingat disini bukan semua pihak di Palestin mahupun di Israel nak berperang. Di Israel, kumpulan pelampau Zionis dengan pemimpin mereka seperti mantan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berpegang kepada fahaman ekstrim yang kononnya orang Yahudi adalah 'Kaum yang dipilih Allah', oleh itu mereka tidak perlu berkompromi atau berdamai dengan orang Arab dan Islam. Pendek kata, istilah 'perdamaian' tidak wujud dalam 'kamus' mereka.

Perkara yang sama boleh juga dikatakan dengan Hamas dan Hezbollah. Kedua-dua kumpulan ini memerlukan konflik dengan Israel supaya mereka menjadi relevan. Hamas mahupun Hezbollah menggunakan sentimen keagamaan untuk mendapat sokongan dari rakyat Palestin agar mereka dilihat sebagai pembela kaum Arab Islam. Jika tiada konflik dengan Israel, maka Hamas dan Hezbollah tidak akan lagi jadi relevan. Situasi ini mendorong Amerika Syarikat dan Iran meningkatkan pengaruh mereka masing-masing di Timur Tengah dengan Amerika menyokong Israel dan Iran menyokong Hamas dan Hezbollah.
Janganlah kita di Malaysia turut digunakan oleh Hamas dan Hezbollah dalam permainan politik mereka yang lantang didalangi oleh Amerika dan Iran. Lebih teruk adalah Hamas dan Hezbollah dilihat sebagai kumpulan pengganas di kacamata dunia. Jangan kita , yang berada beribu-ribu kilometer dari bumi Palestin yang tidak kena-mengena dengan konflik Timur Tengah dilihat sebagai penyokong pengganas. Yang lebih mengaibkan disini adalah pemimpin politik di Malaysia seperti Khairy Jamaludin menggunakan konflik Palestin-Israel ini dengan berdemonstrasi kononnya membeli saudara seagama mereka di Palestin. Sebenarnya ini semata-matanya sandiwara untuk dilihat oleh orang Islam di Malaysia sebagai membela Islam.

Perlu diingat disini bahawa Hamaslah yang memecahkan gencatan senjata dengan Israel dengan menghujani bumi Israel dengan peluru berpandu dan roket bertahun-tahun yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda (lihat gambar-gambar serangan Hamas dan Hezbollah terhadap Israel diatas). Hamas seperti juga Hezbollah tahu bagi setiap roket yang jatuh dibumi Israel akan dibalasi dengan seribu roket dari Israel, namum demi terus menjadi relevan dalam percaturan politik Timur Tengah, mereka rela mengorbankan rakyat biasa yang tidak berdosa.

Walau apapun, kita perlu terus menyokong rakyat Palestin yang menderita akibat terperangkap dalam permainan politik Amerika-Israel-Iran-Hamas-Hezbollah tanpa dipergunakan oleh mana-mana pihak.