Friday, January 2, 2009

Malaysia dan Konflik Israel-Palestine ~ Malaysiakini





Malaysiakini melaporkan dengan tajuk 300 demo bantah kekejaman Israel. Apa yang berlaku di Gaza adalah suatu tragedi kemanusiaan. Memang wajar rejim Tel Aviv perlu dibidas kerana tindakan ganas mereka yang menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda di pihak Palestin.

Tetapi sebelum kita ini terbawa-bawa dalam menghentam rejim Tel Aiv ini, kita perlu teliti latar belakang konflik Israel-Palestin ini terlebih dahulu. Tahukah bahawa Mesir, Jordan dan Turki mempunyai hubungan diplomatik degan Israel? Mengapa? PLO dibawah Allahyarham Yasser Arafat telah berdamai dengan Israel setelah kian lama bertelagah. Tahukah anda bahawa mendiang Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin mengorbankan nyawanya ditangan seorang pelampau Zionis kerana berdamai dengan Palestin?

Kerajaan Palestin dibawah pimpinan Mahmood Abbas merupakan satu-satunya peluang untuk kedamaian di Timur Tengah. Malangnya, kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmood Abbas telah tewas di dalam pilihanraya Gaza ditangan Hamas. Perlu diingat disini bukan semua pihak di Palestin mahupun di Israel nak berperang. Di Israel, kumpulan pelampau Zionis dengan pemimpin mereka seperti mantan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berpegang kepada fahaman ekstrim yang kononnya orang Yahudi adalah 'Kaum yang dipilih Allah', oleh itu mereka tidak perlu berkompromi atau berdamai dengan orang Arab dan Islam. Pendek kata, istilah 'perdamaian' tidak wujud dalam 'kamus' mereka.

Perkara yang sama boleh juga dikatakan dengan Hamas dan Hezbollah. Kedua-dua kumpulan ini memerlukan konflik dengan Israel supaya mereka menjadi relevan. Hamas mahupun Hezbollah menggunakan sentimen keagamaan untuk mendapat sokongan dari rakyat Palestin agar mereka dilihat sebagai pembela kaum Arab Islam. Jika tiada konflik dengan Israel, maka Hamas dan Hezbollah tidak akan lagi jadi relevan. Situasi ini mendorong Amerika Syarikat dan Iran meningkatkan pengaruh mereka masing-masing di Timur Tengah dengan Amerika menyokong Israel dan Iran menyokong Hamas dan Hezbollah.
Janganlah kita di Malaysia turut digunakan oleh Hamas dan Hezbollah dalam permainan politik mereka yang lantang didalangi oleh Amerika dan Iran. Lebih teruk adalah Hamas dan Hezbollah dilihat sebagai kumpulan pengganas di kacamata dunia. Jangan kita , yang berada beribu-ribu kilometer dari bumi Palestin yang tidak kena-mengena dengan konflik Timur Tengah dilihat sebagai penyokong pengganas. Yang lebih mengaibkan disini adalah pemimpin politik di Malaysia seperti Khairy Jamaludin menggunakan konflik Palestin-Israel ini dengan berdemonstrasi kononnya membeli saudara seagama mereka di Palestin. Sebenarnya ini semata-matanya sandiwara untuk dilihat oleh orang Islam di Malaysia sebagai membela Islam.

Perlu diingat disini bahawa Hamaslah yang memecahkan gencatan senjata dengan Israel dengan menghujani bumi Israel dengan peluru berpandu dan roket bertahun-tahun yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda (lihat gambar-gambar serangan Hamas dan Hezbollah terhadap Israel diatas). Hamas seperti juga Hezbollah tahu bagi setiap roket yang jatuh dibumi Israel akan dibalasi dengan seribu roket dari Israel, namum demi terus menjadi relevan dalam percaturan politik Timur Tengah, mereka rela mengorbankan rakyat biasa yang tidak berdosa.

Walau apapun, kita perlu terus menyokong rakyat Palestin yang menderita akibat terperangkap dalam permainan politik Amerika-Israel-Iran-Hamas-Hezbollah tanpa dipergunakan oleh mana-mana pihak.

11 comments:

ken said...

No words to say. I just pity Palestine ppl and condemn Hamas.

Anonymous said...

Gua Ingat: ‘Apa Macam Ini, Ah?’

How about some odds-and-ends that reveal some of the oddities or peculiarities of the world around us? Well, some of the news of recent days got me to wonder about these things….


**
The regime has frequently insisted that it does not put political pressure on journalists and news outlets in general. Yet, at a recent meeting – held no less at his official residence - between Najib and key editors of the print and electronic media, as reported in Malaysiakini, “It is learnt that Najib had repeatedly told the editors that if BN were to lose KT, the consequences would be drastic. For the editors who have frequently attended media briefings with government leaders, the serious tone came as a surprise as they were more used to broad hints rather than a direct dressing down.”

And then the Malaysiakini article also states that “at the meeting, TV3 was taken to task by Tengku Adnan for its reporting which earned the wrath of Terengganu Menteri Besar Ahmad Said. Ahmad has slammed the private TV station for subjecting him to negative reports since he took the helm in Terengganu."

Wow, very strange, ah? Of course this has nothing to do with putting pressure on the media, waan! Or so they tell us, la.

**
Recently, demonstrators – including Khairy Jamaluddin – showed up at the Palestinian embassy in support of Palestinians’ cause for, among other things, unity and justice. The demonstrators at this gathering were holding up pictures of Hamas leaders – a widely recognised terrorist organisation. Yet here at home, a group that seeks human rights and justice by practicing non-violence and holds-up pictures of Mahatma Gandhi to symbolise peaceful protest for their cause does not only not get the sympathy of Umnoputeras like Khairy, the group itself is banned by the Umnoputera regime! Apa macam, ah?

Another interesting snippet about this pro-Palestinian demonstration at the Palestinian embassy that struck me was the fact that the demonstrators themselves were chided by the Palestinian ambassador for displaying photos of Hamas members! So these hardened demonstrators and supporters of a widely regarded terrorist organisation ended up being dressed-down by a key Palestinian diplomat! Apa macam, ah?

**
Eh, have you ever had boiling water poured on you, ah? No la, I’m not talking about when you take a shower with warm water – and the water feels like it is boiling. I’m talking about being tortured, man! You know I saw the photo of P. Prabakar on Malaysiakini and I thought, wow, the mata-mata really gave this guy a good bath, la. Now don't forget this happens in the context of the fact that between 2003-07, a staggering 1535 individuals lost their lives while being under police custody. How come the police can get away with this kind of stuff, ah? How come no Umno or BN protestors going to the balai police to demonstrate, ah?

**
By the way, did you read that story about the Ahmadiyah Muslims and the fact that “the Selangor Islamic Affairs, Malay Customs, Infrastructure and Basic Amenities Committee chairperson Dr Hasan Ali had vowed to ‘bury’ the movement”? This was also quite interesting to me, you know. You see I was just wondering la, as I understand, ah, there are several different kinds of Muslims, right? For example, I have heard of the Sufis and also the Shia. Of course, there are the Sunnis as well, right? Ya, la! All these different ‘sects’ of Islam exists in many parts of the world. And they all have some differences among them – in one way or another.

You see I was wondering, you know, the constitution – and even the U.N. Declaration of Human Rights, ah, guarantees all of us the freedom to believe what we want, no? So why this problem? Why can’t people be just let alone to believe what they want and practice their religion as it suits them – so long as they do not harm others, ah? If the Ahmadiyah people are not harming others or violating the laws of the land, then why “bury” them? This is not rocket science, you know! Very simple one, but I think this is all political one!

**
Okay, I tell you about one more thing, can? I see so many MCA and also MIC jokers comment about the hudud issue, ah, it make me sick, man. The way these people act is like the pot calling the kettle black, you know! These UMNO servants were all quiet and like chickens when Mahathir issued the 929 Declaration. Where were they then? Now they want to talk about where is the DAP and Anwar on this hudud affair!

Let me make two other simple points, okay? First, when so many Malaysian Chinese and Indians voted for PAS in March 2008, ah, PAS’ ideology and principles were the same then also, no? In principle, the party was ideally in favour of hudud then – as it is now. Non-Malays in large numbers were willing to support PKR and PAS then – and why should they be any more concerned now? Make no sense la! Second, even if the PAS candidate wins in the Kuala Terengganu by-election, we know pragmatically PAS is not in a position to amend the constitution to implement hudud laws. End of story. So you see like last March, ah, these MCA and MIC people don’t seem to think the voters have any good brain cells, you know; they think we are all really bodoh. Never mind, la; let then think what they want. Kita pun buat bodoh saja, la!

**
So, how now? Well, I think it would be good if we listen to what Confucius once said, you know: Life is really simple, but we insist on making it complicated. (Gua suka ini Confucius punya orang, la!)

- G. Krishnan

Anonymous said...

Kalau dilihat konflik ini dalam masa seminggu lepas, terus terang saya akan katakan semua ini berpunca dari Hamas. Akan tetapi kalau dilihat punca sebenar konflik ini berlaku 100% saya katakan yang salah dalam hal ini adalah Israel. Hamas menyerang Israel apabila tempoh gencatan senjata tamat. Ini bermakna tiada pemungkiran janji berlaku antara Hamas dan Israel. Punca Hamas menyerang Israel boleh dikatakan sebagai serangan terakhir dari Hamas. Sama ada berjaya atau gagal terpulang kepada nasib. Isu yang paling penting untuk diketahui semua ialah selepas perpecahan diantara hamas dan Fatah, Israel telah secara berterusan mengepung semenanjung gaza dan menafikan hak penduduk semenanjung gaza untuk mendapatkan keperluan asas. Masih ingatkah kita tentang pejuang Hamas meletupkan tembok sempadan antara mesir dan gaza untuk mendapatkan keperluan harian. Tahukah anda betapa susahnya hidup mereka dalam dua tahun terakhir ini. Saya memahami perasaan penduduk gaza " daripada mati kelaparan baik mati di medan perang"

Julian said...

Whether or not Israel/Hamas is wrong, when war breaks out, the civilians bear the brunt of it.

Hmm..

Anonymous said...

Posting ini bagus dan saya bersependapat.

Posting2 yang sebelum pada ini, kurang sikit.

Walaubagaimanapun, terimakasih dan tahniah kerana sudi berkongsi pendapat. Teruskan.

Unknown said...

"Malaysia dan Konflik Israel-Palestine ~ Malaysiakini"

Salim - good post! I agree 100%. Moderate muslims like yourself who look at things objectively through facts instead of through emotions or religion will ultimately make Islam more understood and accepted especially by the West.

Ultimately it will be the moderate Muslims who must triumph over fundamentalists so that the religion will once again be looked at not in a negative way but in a positive light by everyone in this world.

Anonymous said...

ntah la labu..kalau ikut memang kesian tengok palestin ni..tp bila saya korek2 balik cerita sebenar..israel pun kesian jgk..apa yang saya bimbang ketika ini..malaysia akan di 'chop' sbg terrorist..lama kelamaan malaysia yg boleh dikatakan aman ketika ini akan mengalami nasib yg sama mcm palestin..buat apa demonstrasi segala..kita ni sgt kecil...jgn cuba bermain api..nanti terbakar sendiri

FLY said...

loe suk th smua...mw ny membela isrel yg keparat itu

fly said...

dasar loe pd...suk th

fly's said...

pa yg kacian isrel tu....mrk yg bnyk membunuh masyarakat yg tak berdosa... ank kcil jg dlibasny...pa yg kacian...isrel tu g' punya hati nurani th...sma dg loe

Anonymous said...

Salim antara orang melihat isu Israel-Palestin secara profesional. Pandangan ini harus di nilai secara positif dan adil. Tindakan membebaskan Palestin dengan cara menidakkan keujudan negara Israel atau memadamkan terus peta Israel dalam peta dunia seperti saranan majoriti masyarakat islam hanya akan memburukkan keadaan kerana sudah tentu ada pihak yang akan simpati dengan negara Israel seperti juga rama negara yang simpati dengan negara Palestin. Satu perkara perlu diambil kira secara telus iaitu mengujudkan keamanan yang tidak diapi apikan dengan dengan sentimen agama, maksudnya perlu kembali kepada toleransi kemanusiaan terlebih dahulu. Perlu diingat bahawa apabila sentimen agama dijadikan sebagai api pembakar kebencian maka tidak akan pernah ada kedamaian. Kita ambil contoh kehidupan dalam sebuah kampung yang bercampur pelbagai agama, apabila sentimen agama dimainkan maka akan timbul kekacauan yang menjurus kepada ketidakstabilan masyarakat. Akan timbul satu pihak tidak mengiktiraf kepimpinan yang pemimpinnya bukan dari golongan agamanya. Kita pernah lihat sentimen ini dimainkan di Sabah suatu ketika dahulu dalam usaha menjatuhkan kepimpinan negeri pada masa itu sehingga kedengaran suara-suara sumbang mengatakan berkerjasama dengan kerajaan yang pada ketika itu adalah dilarang mengikut hukum islam. Pernahkah kita fikirkan bahawa salah satu sebab timbulnya konflik di selatan thailand, aceh indonesia dan selatan filipina adalah kerana hasutan yang serupa? Maka tidak hairanlah bahawa konflik Israel-Palestin lebih kepada isu agama yang sudah tentunya menimbulkan konflik kemanusiaan.